Peringatan Pertahanan Mutlak

Hari Pertahanan Mutlak

Upacara peringatan diadakan setiap tahun di Taman Memorial Perang

Hari Pertahanan Mutlak ditambah ke dalam senarai tarikh peringatan bagi sekolah-sekolah pada 17 Mei 1997,[53] dan pertama kali disambut di peringkat kebangsaan pada 15 Februari 1998[lower-alpha 1] yang mana Pasukan Pertahanan Awam Singapura membunyikan Isyarat Pesanan Penting (Important Message Signal) melalui Sistem Amaran Awam seluruh negara dan stesen radio tempatan selama seminit.[55] Tarikh tersebut dipilih sempena memperingati penyerahan Singapura oleh British kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Adat membunyikan isyarat pada mulanya dilakukan pada pukul 12.05 tengah hari Waktu Piawai Singapura, kemudian pada tahun 2015 ia ditukar ke 6.20 petang sempena waktu tepat penyerahan itu pada tahun 1942.[56]

Sekolah-sekolah menjalankan latihan persediaan kecemasan serta catuan makanan dan elektrik, malah boleh menganjurkan lawatan ke pameran pemerinah.[57] Menteri pertahanan juga menyampaikan ucapan pada hari sebelumnya, bersama-sama dengan menteri lain.[47][58]

Upacara peringatan telah diadakan setiap tahun di Taman Memorial Perang sejak 1967 untuk mengenang orang awam yang terkorban semasa pendudukan Jepun.[59][60] Acara ini biasanya melibatkan lebih 1,000 peserta sebelum pandemik COVID-19, tetapi telah dikurangkan kepada 50 untuk 2021. [61]

Logo

Gambar-gambar luar
Poster 12 logo finalis yang tersenarai dalam pertandingan reka cipta 1985
(pemenangnya ialah Opsyen D)
Poster 10 logo finalis yang tersenarai dalam pertandingan reka cipta 2019
(pemenangnya ialah Opsyen 1)
Singapore Graphic Archives

Pertandingan mereka bentuk logo untuk Pertahanan Mutlak telah diumumkan pada 8 Mei 1985 lalu dirasmikan pada 1 Jun.[17] Peserta dibahagikan kepada empat segmen masyarakat, iaitu komuniti, pelajar seni, sekolah dan kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura, tanpa had kepada bilangan penyerahan setiap individu.[62] Kementerian Pertahanan menetapkan peraturan bahawa logo haruslah tidak melebihi tiga warna atau berdasarkan mana-mana bahasa.[63][64] Fasa penyertaan berakhir pada 3 Julai, di mana 12 reka bentuk dipilih untuk undian umum.[65] Reka bentuk muktamad akan didedahkan pada Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 1985.[66]

Reka bentuk pemenang dicipta oleh artis bebas Berwin See Hak Gei.[67][68] Logo itu menyerupai tanda tabik hormat, dengan lima bentuk anak panah mewakili lima tonggak asal. Juga diterapkan elemen-elemen bendera Singapura iaitu corak bulan sabit dan lima bintang serta warna merah dan putih. Selama bertahun-tahun logo ini telah diubah suai untuk mencerminkan tema kempen yang berbeza-beza saban tahun sambil terpelihara reka bentuk asas lima anak panah yang tersendiri. Antara pindaan yang dilakukan termasuk mengemas kini slogan yang mengiringi logo, melicinkan tepi tajam asal dan menyepadukan anak panah paling kiri ke dalam badan logo pada tahun 2009, dan menambah lapisan kilauan logam pada tahun 2017.[69]

Penambahan tonggak pertahanan digital mewajarkan logo itu direka bentuk semula, maka pertandingan baharu dilancarkan pada 17 September 2019. [70] Seperti pada pertandingan yang lalu, 10 reka bentuk telah dipilih oleh pihak penganjur dan diletakkan untuk undian umum yang berakhir pada 29 Disember.[71] Pemenangnya ialah Samantha Alexa Teng, seorang guru di Sekolah Menengah Queensway yang dianugerahkan pada 15 Februari 2020.[72][73]

Poster dan tema kempen

Nexus ialah agensi yang bertanggungjawab untuk Pertahanan Mutlak dan pendidikan bangsa di bawah Kementerian Pertahanan. Poster-poster dan tema-tema kempen pada mulanya tertumpu pada pertahanan ketenteraan dan pertahanan awam, tetapi sejak itu telah berkembang untuk turut memasukkan empat pertahanan yang lain.[74][75]

List of themes over the years
TahunTema
1984There's a Part for Everyone
2006Stay Vigilant, Be Resilient
2007Confidence, Commitment and Cohesion
2008Total Defence. It's Personal. Play Your Part
2009What Will You Defend?
2010I Will
2011Home – Keeping It Together
2012Total Defence – It's My Turn
2013Will You Stand With Me?
2014Because You Played a Part
2015Our SAF: Giving Strength to Our Nation
2016 – presentTogether We Keep Singapore Strong

Rujukan

WikiPedia: Pertahanan Mutlak https://govinsider.asia/digital-gov/cyberark-build... https://www.asiaone.com/singapore/big-winners-tota... https://www.asiaone.com/singapore/first-ever-redes... https://www.bangkokpost.com/opinion/opinion/171789... https://www.channelnewsasia.com/news/cybersecurity... https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/cor... https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/job... https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/sig... https://opengovasia.com/mr-iswaran-launches-digita... https://www.straitstimes.com/business/economy/no-a...